Haid dan bulan Haid

Sumber tradisi bersetuju bahawa kitaran haid berkait dengan kitaran bulan. Sumber ini kebanyakannya menunjukkan bahawa wanita haid semasa anak bulan, dan mengalami ovulasi semasa bulan mengambang. Sungguhpun bukti saintifik mengenainya adalah lemah, masaalahnya mungkin disebabkan bahawa wanita kini tinggal dipersekitaran bandar di mana bulan bukanlah sumber cahaya waktu malam yang penting. Fakta bahawa wanita yang bekerja pada shif malam, di mana mereka didedahkan kepada cahaya terang pada waktu malam, sering kali mengalami haid tidak tetap, merupakan satu contoh di mana rima cerah dan gelap memberi kesan kepada fisiologi hormon, termasuk kitaran haid.[19]

Perkataan haid dalam bahasa Inggeris itu sendiri berkait dengan bulan. Istilah "menstruation" dan "menses" datang dari perkataan Latin mensis (bulan), yang sebaliknya berkait dengan bahasa Greek mene (bulan) dan akar kepada perkataan Inggeris bulan — membayangkan fakta bahawa bulan turut mengambil masa sekitar 28 hari bagi mengelilingi Bumi (sebenarnya 27.32 hari). Takwim bulan synodical, tempoh antara dua bulan baru (atau bulan mengambang), adalah 29.53 hari.

Dalam buku 1975 oleh Louise Lacey dia merakamkan pengalaman dirinya dan 27 rakannya yang mendapati bahawa apabila mereka mengalihkan kesemua cahaya buatan pada waktu malam, kitaran haid mereka mula menurut rima kitaran bulan. Dia mengelar teknik itu sebagai Lunaception.[20] Later studies in both humans[21] and animals[22] telah mendapati bahawa cahaya buatan memberi kesan kepada kitaran haid manusia dan kitaran estrus pada tikus (kitaran lebih sekata dalam ketiadaan cahaya buatan pada waktu malam), sungguhpun tiada yang mengulang penyelarasan haid wanita dengan kitaran bulan. Seorang penulis mencadangkan bahawa kesensitif kitaran wanita dengan cahaya disebabkan kekurangan zat sesetengah vitamins dan galian.[23]